Semalam saya menerima pesanan sms daripada seorang remaja bernama Jihan Rufaidah Mustapha berbunyi begini : Assalamualaikum Aunty Lela, Jihan here. I'm selling small cupcakes 50 pieces for RM10. Pisang flavour. Would you like to buy?
Saya segera membalas sms daripada usahawan kecil itu : 'Alaikumsalam Jihan, my dear. Tolong hantarkan esok pagi ya. Terima kasih.
Inilah cupcakes yang dihantar oleh Jihan dan ibunya pagi ini. Cupcakes comel itu sungguh sedap. Dalam masa 5 minit saja, saya sudah 'ngap' 5 biji!! Jihan tersenyum simpul menerima RM10 iaitu bayaran cupcakes hasil tangannya.
Jihan Rufaidah kini belajar di tingkatan 3. Di hari-hari cuti, dia mencari wang poket sendiri dengan menjual cupcakes. Dia bakal usahawan wanita Malaysia di masa depan, insyaAllah. Rasanya ini contoh yang baik buat menggalak anak-anak kita mula berniaga. Syabas kepada ibunya, Noridah Ujang, pemilik Rufaidah Home Bake Cakes & Cookies.
Jihan Rufaidah kini belajar di tingkatan 3. Di hari-hari cuti, dia mencari wang poket sendiri dengan menjual cupcakes. Dia bakal usahawan wanita Malaysia di masa depan, insyaAllah. Rasanya ini contoh yang baik buat menggalak anak-anak kita mula berniaga. Syabas kepada ibunya, Noridah Ujang, pemilik Rufaidah Home Bake Cakes & Cookies.
Assalamualaikum Puan... Saya Merupakan Lepasan SPM Daripada MRSM TGB Di Melaka Berhampiran Tempat Tinggal Puan. Saya Bercadang Untuk Menubuhkan Sebuah Syarikat Berteraskan Perniagaan Online. Namun Saya Tidak Mengatahui Cara Untuk Menubuhkan Syarikat. Bolehkah Saya Memulakan Syarikat Tanpa Lesen Buat Sementara Waktu. Tambahan Lagi Umur Saya Akan Mencecah 18 tahun Dalam 8 Bulan Lagi. Namun Saya Sangat Bersemangat Untuk Membuka Syarikat Sendiri Setelah Menguasai Bidang Website Melalui Practical Dan Konsep Yang Saya Pelajari Hampir Setiap Hari Sejak Meniggalkan Bangku Persekolahan. Namun Saya Belum Mempunyai Modal Yang Mencukupi. Dan Disebabkan Kekurangan Modal Terlahirlah Pelbagai Hikmah Yang Tidak Diduga. Saya Mendapat Pelbagai Informasi Yang Akan Membantu perniagaan Saya. Kerana Kekurangan Modallah Menjadikan saya Tidak terburu2 Dan Menjadikan Saya Lebih Matang. Baiklah, Saya Harap Dapat Berhubung Dengan Puan Lagi. Terima Kasih Diatas Maklumat Dari Puan Melalui Blog Ini. Assalamualaikum...
ReplyDelete