Wednesday, March 12, 2008

Program MPC

Saya menerima surat jemputan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan yang berpejabat di Johor Bahru. Mereka akan menganjurkan program 'Seminar Peningkatan Produktiviti Usahawan Wanita' pada 22 April, 2008 di Hotel Renaissance, Melaka. Objektif utama program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan wanita berhubung :-

1. strategi peningkatan produktiviti

2. penjenamaan produk ke arah peningkatan daya saing; dan

3. isu serta cabaran usahawan wanita dalam perniagaan.

Mengikut aturcara program yang disertakan, antara penceramah jemputan ialah Dato’ Hazimah Zainuddin (Presiden Peniagawati) yang akan membicarakan tajuk ‘Isu dan Cabaran Usahawan Wanita dalam Perniagaan’.

Penceramah kedua adalah saya sendiri yang diberi tajuk ‘Perkongsian Pengalaman Perniagaan dan Cabaran Dalam Perniagaan Keluarga’. Saya diberi masa selama 1.5 jam (11:30 pagi hingga 1:00 tengahari) untuk berkongsi pengalaman dalam bisnes.

Di sebelah petang, Cik Azlin Sharabi (Timbalan Presiden Peniagawati) akan membicarakan tajuk ‘Penubuhan Organisasi Perniagaan & Aspek Undang-undang yang Relevan’. Terakhir sekali ialah ceramah bertajuk ‘Amalan P&Q ke Arah Peningkatan Daya Saing’ oleh penceramah MPC sendiri.

Tentunya dalam program ini, saya akan memfokus kepada sebahagian isu yang terkandung dalam buku-buku saya, Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya dan 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia. Perkara ini sudah dibincangkan dengan En. Zakaria Md. Shariff, Pengurus MPC Wilayah Selatan ketika beliau berkunjung ke pejabat saya bulan Febuari lalu.

2 comments:

  1. Tahniah, Puan Norlela yang dikasihi.

    Selamat membuka satu-demi-satu pintu rezeki buat orang lain, percayalah, dengan membantu perniagaan orang lain, Allah akan bantu perniagaan kita berkembang.

    Ceritakan yang susah-susah, di mana kita pernah bodoh, berapa teruk kegagalan yang pernah kita alami. Cerita-cerita benar seperti itu memberikan gambaran bahawa kita seorang busineswoman yang jujur, ikhlas mahu berkongsi maklumat.

    Mereka akan undang Puan lagi, percayalah!

    ReplyDelete
  2. Sifuku yang dikasihi,

    Amin! Semoga doakan Puan dimakbolkan. Terima kasih memberi saya dorongan semangat. Saya akan cuba gunakan kesempatan itu nanti untuk mempromosi khidmat latihan yang saya tawarkan.

    ReplyDelete