Sunday, March 16, 2008

Keranamu Ayam

Alum amat suka ayam panggang yang dimasak dengan resepi ala-Turki oleh Ayza a.k.a. Donut (adik bungsu saya). Ketika balik bercuti baru-baru ini, Alum membeli beberapa peha ayam dan meminta ibu saudaranya itu me-marinate-nya. Ayam-ayam itu kemudian disimpan dalam peti ais sementara dia melepak dan bermain dengan Etuy (sikecil dalam gambar ini).

Bagi Etuy, Alum adalah 'Maseby' (Mazby). Ketika dia lebih kecil dahulu, Etuy terkeliru di antara Alum dengan Zainal. Baginya, Alum adalah 'Maseby' sementara Zainal dipanggilnya 'Alum'.

Lewat petang ketika hendak pulang ke rumah kami, Alum mengeluarkan kotak plastik berisi ayam yang sudah diperap itu daripada peti ais. Etuy yang mengekorinya bertanya : Maseby, kenapa Maseby ambik ayam Mama?

Alum menyakat : Sebab aku mahu makan semua ayam ini. Aku nak masak kat rumah aku. Lepas itu, aku nak makan sampai habis!!! Hahaha!!!"

Melihat Alum berjalan keluar menuju ke kereta dengan kotak ayam di tangannya, Etuy mulai cemas dan merayu berulangkali : Anok (jangan) Maseby. Anok ambik ayam Mama.

Tangan Si Etuy cuba menggapai kotak ayam tetapi Alum mengelak dan mengangkatnya tinggi-tinggi sambil terus menyakat : Hahaha!!! Malam ini engkau dengan Baba, Mama, Nenek... tak dapat makan ayam. Aku nak makan ayam ini sampai habis. Ngap, ngap, ngap!!!

Alum membuat bunyi orang sendawa berulangkali. Perbuatan itu menjadikan Etuy bertambah geram kerana dipermainkan. Alum terus mengejek membuat Etuy hilang sabar. Dia mula menjerit dan meraung : Masebyyyyy!!!! Anok ambik ayam Mama!!! Maseby, tak baik tau!!! Masebyyyyyy!!!!!!

Ketika 'perang saudara' itu berlangsung, nenek mereka sedang duduk di sofa dan menonton TV di ruang tamu. Dia ketawa terkekek sambil membiarkan sahaja kerenah 2 orang cucu itu 'bercakaran'. Dipendekkan cerita, selepas Alum pulang Etuy terus meraung. Meski pun dipujuk oleh neneknya, dia tidak mahu berhenti menangis.

Mehmet yang tidak tahu hujung pangkal, menyangka Etuy sengaja membuat perangai. Dia terus melepuk-lepuk bontot anak kecil itu. Etuy bertambah kuat meraung. Ayza yang juga tidak tahu apa berlaku turut memarahi Etuy. Ayza bertanya : Kenapa Etuy selalu jerit-jerit masa Maseby nak balik? (Lazimnya memang Etuy suka memprotes dan membuat bising kerana tidak mengizinkan Alum balik).

Sambil teresak Etuy berkata : Bukan Etuy, Mama. Maseby yang buat. Maseby ambik ayam Mama. Habisy, Mama.

Ayza dan Mehmet saling berpandangan. Ayza mula menyelidiki apa sebenar yang berlaku. Sambil memeluk Etuy dia bertanya : Maseby ambik ayam Mama???

Etuy mengangguk dengan wajah sedih. Namun esakannya semakin reda. Ayza bertanya lagi : Maseby ambik ayam yang Mama goreng tadi ke?

Etuy menggeleng, kemudian menjawab : Bukan ayam goreng, Mama. Maseby ambik ayam yang Mama buat macam ini.

Etuy menunjukkan gaya Ayza me-marinate ayam dengan tangan kecilnya.

Ayza dan Mehmet saling berpandangan. Hampir serentak mereka berkata : Alamak, kita sudah tersalah pukul dia!!!

Di rundung rasa kesal, mereka menoleh ke arah Mak untuk mendapatkan pengesahan. Mak dengan selamba menjawab : Itulah, lain kali jangan terburu-buru. Budak ini tak bersalah. Dia nak selamatkan ayam untuk kita!!!

2 comments:

  1. Kasihan bebek kecil tu tau Ngah... tapi Baba dia dah tebus balik, esoknya Baba beli KFC untuk dia.. Malam semalam Ertugrul ketuk Baba lagi, dia nyanyi dalam kereta masa keluar waktu malam, "Ay satay, ay satay, ne yaparsin ay satay.."

    KN tahu, petang esok tu masa dia mandi dekat 'laut kolam' dia ngan Adlynn, Alum datang dia buat tak nampak je.. ihihihi.. Tapi lepas tu dah okay, mana boleh tak ada Maseby.. :)

    ReplyDelete
  2. Mulanya dia memang buat tak nampak. Apabila Alum panggil, dia datang. Alum tanya : Engkau sayang aku?

    Dia jawab : Sayang...(beberapa ketika kemudian dia sambung) kenapa Maseby ambik ayam Mama?

    Alum kata : Itu ayam Maseby. Maseby bawa kat sini, lepas itu, Mama Etuy tolong buat macam ini (tunjuk gaya Aja marinate ayam).

    Etuy : O..., Ok...

    Alahai, tak panjang hati rupanya!!!

    ReplyDelete