Monday, April 14, 2008

23 Tahun

Hampir sebulan kami tidak bertemu. Waktu ini hatiku teramat rindu kepadanya. Dia tidak berkesempatan pulang kerana sibuk. Kami juga tidak berkesempatan melawatnya kerana kesuntukan masa di hujung minggu.

Dua hari lagi (16 April, 2008) genap usianya 23 tahun. Hmmm, dia sudah besar panjang. Dia bukan lagi anak kecil seperti di dalam gambar-gambar ini, meski pun di hatiku dia bagaikan sentiasa seperti itu. Ya, di hatiku dia seperti tidak besar-besar! Beginilah perasaan seorang ibu terhadap anak-anaknya, lebih-lebih lagi yang memiliki anak tunggal seperti saya.

Semakin Alum dewasa semakin saya sedar betapa dia wajar mempunyai kehidupan sendiri. InsyaAllah bulan Mei nanti, dia akan menamatkan pengajian, kemudian akan bekerja. Entah di mana tempat pekerjaannya, wallahualam.

Dua-tiga tahun akan datang, besar kemungkinan dia akan berkahwin pula. Ya, anakku sudah dewasa. Dia bukan lagi anak kecil seperti di dalam gambar-gambar ini. Dan saya juga semakin bersedia untuk menempuh masa depan tanpa mengharapkan dia selalu berada di samping kami.

Seperti saya, dia juga perlukan kebebasan untuk menentukan kehidupannya sendiri. Saya doakan semoga kehidupan anakku selamat sejahtera dan bahagia selalu. Selamat Hari Jadi! Mak dan Babah sayang Anak sehingga ke akhir hayat kami...

5 comments:

  1. Selalulah tinggalkan komen dalam UNIKA, insyaAllah akan ada pengunjung UNIKA yang klik dan masuk ke blog Puan ini.

    Ini namanya cross-selling!

    ReplyDelete
  2. nZ,
    Anak, Anak, Anak...

    itulah kisah orang tiga beranak ni!

    ReplyDelete
  3. Dua-tiga tahun akan datang, besar kemungkinan dia akan berkahwin pula. <-- yahoo!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan Sifu,
    Ya, insyaAllah, saya ingat pesan itu.


    Tuan Sabtu,
    Hhhmmmm... nanti apabila ada cucu, tulis kisah cucu pulalah, hihihi!

    Anak,
    Amboi, amboi, amboi... sukanya dia bab mahu kahwin!

    ReplyDelete
  5. Moga2 dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan ditemukan jodoh ...insyallah.!

    ReplyDelete