Monday, April 7, 2008

Pesta Buku 2008

Semalam (Ahad) saya dan Zainal singgah di PWTC untuk ke Pesta Buku. Booth PTS terletak di seberang sungai. Di celah-celah orang ramai saya terlihat Puan Sifu yang berwajah ceria... dan berpeluk Arab kami berdua! Sifu bertanya : Mana lagi?

Saya memperkenalkan beliau kepada Zainal : Kami berdua saja, Puan. Tadi ke majlis kahwin bersama Hj. Sabtu dan isterinya. Mereka akan datang ke sini petang ini.

Jawab Sifu : Hmmm, Hj. Sabtu itu ya... Saya memang mahu berjumpa dia. Saya mahu tanya mana buku dia? Nanti saya beduk sebab buku tidak siap-siap lagi!

Pesan Sifu kepada Zainal : Apabila isteri menulis buku, suami berilah semangat. Kita sama-sama berusaha pandaikan bangsa.

Zainal berbisik kepada saya : Patutlah Ela serasi sangat dengan Puan Sifu. Satu fesyen rupanya. Sama rendang!

Ramai yang saya temui ketika di booth PTS semalam. Antaranya, Pak Latip (penulis buku PTS yang banyak menghasilkan buku) bersama cucunya, Puan Ain Maisarah yang sibuk melayan peminat-peminat novel remajanya, En. Nazrul dan En. Faris.

Sebelum meninggalkan booth PTS saya membeli 3 buah buku : Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu? karya Ainon Mohd., Rahsia Bisnes Mamak karya Muhammad Faisal Sharbudin & Zamri Mohamad dan Mencari Jalan Pulang karya Kassim Ahmad.

6 comments:

  1. Salam Puan Norlela,

    Saya suka dengar Puan Ainon asyik sebut 'beduk' kelmarin.

    Saya pun mesti kena 'beduk' dengan beliau lepas ni!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum drbubbles!

    Semasa Puan Sifu tanya tentang buku baru saya,hihihi..., saya pun terasa beliau mahu beduk saya!

    ReplyDelete
  3. MANA BUKU?
    Mana Buku?
    mana buku...

    nanti duluuuuuuuuuuuuuuuuuuu,
    jangan beduk!

    ReplyDelete
  4. Assalam alaiku Puan
    Terima Kasih kerana membaca Rahsia Bisnes Mamak.
    Saya memang menanti-nanti respon daripada kaca mata peniaga dan usahawan mengenai buku ini (semestinya Puan)

    Nanti jika ada kritikan dan pandangan dapatlah dimaklumkan kepada saya ya!

    Zamri Mohamad
    www.motivasimindamu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, buku itu akan siap dalam tahun ini, Puan Sifu. Jangan beduk!!!

    ReplyDelete