Tuesday, May 13, 2008

Buku PTS Edisi Indonesia

(Entri ini dipetik daripada blog Puan Sifu)

"FAMILLIONAIRE!" adalah buku terbaru PTS yang diterbitkan semula di Jakarta sebagai edisi Indonesia.

Sampai hari ini PTS sudah melesenkan 56 judul buku-buku karangan penulis-penulis PTS kepada penerbit-penerbit Indonesia.

Namun masih banyak kedengaran pengarang dan penerbit Malaysia yang mengeluh-ngeluh mengatakan negara Indonesia tidak melayan buku-buku Malaysia dengan baik.

Ini buku pertama karangan Puan Norlela Zubir, tetapi buku ini sudah berjaya menarik minat PT Hikmah

PT HIKMAH adalah anak syarikat milik penuh MIZAN GROUP, penerbit kedua terbesar di Indonesia, selepas PT GRAMEDIA.

PT GRAMEDIA juga melesen buku-buku PTS.

Puan Norlela adalah contoh bagaimana buku tulisan pengarang baru yang belum terkenal pun sudah berjaya dipilih oleh penerbit Indonesia bagi diterbitkan semula untuk pasaran negara itu.

Justeru, penulis-penulis Malaysia perlu mengetahui ciri-ciri buku yang menarik minat penerbit Indonesia.

Kandungan buku mesti bersifat export-ready, barulah buku itu ada peluang dapat diekspot.

Banyak buku pengarang Malaysia yang hanya dapat di jual dalam pasaran tempatan sahaja kerana isu-isu yang dikupas dalam buku-buku itu adalah isu-isu yang terlalu lokal sifatnya.

Dalam perjanjian pelesenan antara PTS dan penerbit-penerbit Indonesia itu, mereka dibenarkan menukar judul asal buku dan melakukan editing pada teks supaya sesuai dengan Bahasa Indonesia dan citarasa pasaran Indonesia.

Pasaran Indonesia adalah Laut Biru bagi penulis dan penerbit Malaysia. Laut Biru ini luar biasa besarnya dibandingkan dengan pasaran dalam negeri kita di Malaysia.

Buku terlaris PTS, Rahsia Bisnes Orang Cina karya Ann Wan Seng, terjual 10 ribu naskhah setahun di Malaysia, tetapi buku itu terjual 30 ribu unit di Indonesia dalam masa 2 bulan selepas masuk pasaran.

Isunya sekarang adalah penerbit Malaysia mesti sangup melaburkan wang mempromosi buku-buku terbitan mereka kepada penerbit-penerbit Indonesia supaya mereka berminat melesen buku-buku itu bagi diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

6 comments:

  1. Tahniah Puan!

    Seperti diuarkan di blog ini juga, puan merancang mahu tulis buku ke-3 dan seterusnya. Bila mahu dihantar kepada PTS?

    Semoga buku ke-2 dan seterusnya juga mendapat tempat di Malaysia dan Indonesia

    ReplyDelete
  2. Puan Norela,
    Salam sejahtera. Sudah agak lama tidak bertanya khabar.

    Semoga puan dan keluarga sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

    Bila mahu berkunjung ke Segamat?

    Muhd Kamil Ibrahim

    ReplyDelete
  3. Artikel di blog ini sangat bagus dan berguna bagi para pembaca. Agar lebih populer, Anda bisa mempromosikan artikel Anda di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersediaa plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah
    & singkat. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com
    http://buku.infogue.com/buku_pts_edisi_indonesia

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Terima kasih, En. Roslan kerana terus mendorong saya. Insya Allah buku ke3 itu akan saya siapkan selewat-lewatnya pada September, 2008. Saya akan hubungi Cik Rozita. Waduh... berpeluh saya!!!

    Prof, terima kasih sudi meluang masa ke blog saya. Teringin juga hendak ke Segamat, insyaAllah. Tapi Prof terlalu sibuk, boleh ke jumpa kami nanti? Hehehe...

    Salam buatmu, infogue dan terima kasih!

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Puan.
    Dengan adanya karya penulis Malaysia di Indonesia dan karya penulis Indonesia di Malaysia, semoga dapat mempererat bagi hubungan diplomatik kedua negara.
    Buku guru kami, Zaini Ali Akbar, berjudul 3T: Jalan Tercepat Menuju Kedekatan Kepada Allah juga diterbitkan oleh penerbit PTS di Malaysia.
    Salam kenal.
    www.penerbitanbuku.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum En. Yasir.

    Ya, semoga hubungan diplomatik 2 negara kita bertambah erat melalui karya penulis-penulisnya.

    Saya sendiri minat membaca karya penulis-penulis Indonesia seperti Andrea Hirata, Habiburrahman El Shirazy dan pastinya Pak Hamka.

    Saya juga sudah ke blog tuan. Ia sangat bagus. Sila datang lagi ke blog ini. Salam.

    ReplyDelete