Pada petang Jumaat minggu lalu, saya dijemput bercakap di sebuah majlis minum petang. Ia dihadiri lebih 30 orang usahawan wanita. Majlis anjuran Wawasanita Perhubungan Negeri Melaka itu diraikan bersama oleh Setiausaha Agung Wawasanita Malaysia, Hajah Zabedah Ahmad.
Ceramah saya bertajuk bagaimana pendekatan coaching dapat membantu para usahawan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi dalam bisnes. Sebahagian daripada mereka yang hadir sudah pun membaca buku-buku saya dan pernah menghadiri seminar di mana saya turut memperkatakan tentang khidmat coaching yang kini saya tawarkan buat para usahawan kecil dan sederhana.
Puan Hajah Zabedah berkata : Orang suka membaca buku-buku yang penulisnya mereka kenali. Membeli di kedai buku tidak sama kerana di sini mereka berpeluang bercakap sendiri dengan penulis. Puan sepatutnya membawa buku-buku Puan petang ini.
Hmmm, saya sebenarnya terniat membawa buku-buku saya tetapi tidak jadi kerana saya fikirkan tidak sesuai pula menjual buku di majlis minum petang itu. Sepatutnya saya bawa saja kotak berisi buku-buku itu dan letakkan dalam bonet kereta. Apabila orang bertanya, senanglah diambil. Hmmm, lain kali saya akan ingat. Ada beberapa orang yang memesan buku petang itu dan saya berjanji akan menghantar minggu ini.
Antara cara berkesan bagi membuktikan faedah coaching ialah dengan memberi peluang kepada para usahawan itu merasai sendiri pengalaman sesi coaching bersama saya. Petang itu saya menawarkan 50 jam coaching secara percuma buat ahli-ahli persatuan itu. Beberapa orang sudah berjumpa saya menyatakan hasrat mereka untuk mengatur temujanji.

Seperti saya katakan di entri sebelum ini, 2 perkara paling signifikan untuk dicapai dalam coaching ialah mewujudkan kesedaran (creating awareness) dan melakukan perubahan (making changes). Tugas seorang coach ialah membantu coacheenya mencapai kedua-dua perkara itu.
Apakah maksud mewujudkan kesedaran? Kesedaran tentang apa? Yang dimaksudkan di sini ialah coachee disedarkan bahawa wujud satu jurang (gap) antara tahap di mana dia berada dengan tahap yang ingin dicapainya. Bagi merapatkan jurang itu, coachee juga bersetuju dia perlu membuat perubahan.
Namun begitu, bukan mudah bagi coachee mengambil tindakan untuk mencapai matlamat yang diingininya. Mengapakah ini berlaku? Jawapannya ada pada soalan : Apa yang perlu berubah?
Perkara yang mahu diubah biasanya melibatkan sesuatu yang sudah sangat sebati dalam diri kita. Contohnya, tabiat (our habits), nilai yang kita pegang (the values we hold), sistem kepercayaan (our believe system), persepsi terhadap sesuatu dan minda (our mindset). Perkara-perkara seperti ini tidak mudah diubah jika kita sekadar melakukannya seorang diri.
Di sinilah perlunya seorang coach yang akan bertindak sebagai rakan yang menjadi pendorong, pemantau, menjadi sounding board bagi memberi maklum-balas secara objektif dan sebagainya. Itulah peranan yang dimainkan seorang coach.
Hmmm, berbalik kepada cerita di majlis hi-tea petang kelmarin, hati saya tercuit melihat reaksi spontan rakan-rakan usahawan yang candi berkaraoke dan menari sesama sendiri. Mereka mengajak saya berkaraoke sama tetapi, hohoho, mana mungkin saya menunjukkan 'belang' di hadapan mereka!
Anda ingin tahu rahsia kecil saya (my little secret)? Saya sebenarnya agak gila-gila juga (bukan gila ya!) tetapi saya sangat berhati-hati agar dapat menyorokkan 'belang' itu. Sesungguhnya saya merasa terhibur dengan nyanyian Pengerusi Wawasanita Perhubungan Negeri Melaka, Puan Nik Faridah Salleh (bertudung hitam) dan ahli-ahli Wawasanita yang lain.
semoga akak sukses sebagai seorang coach.
ReplyDeleteSemakin lebar dan luas networking puan. Tahniah!
ReplyDeleteakak saya amat tertarik dengan perihal coaching yang akak ceritakan. Saya telah berkecimpung dalam dunia keusahawanan ini sudah lebih kurang 6 tahun dan saya sangat teringin jika dapat mempelajari ilmu dalam bidang konsultansi dan coaching ini sebab ijazah yang saya ada berkaitan dengan psikologi dan cara manusia berfikir. Kalau boleh akak terangkan bagaimana saya nak mulakan business perkhidmatan konsultansi bagi usahawan-usahawan baru. Kalau ada kelapangan akak lawatlah blog yang baru saya buat di http://bangkitlahusahawanmalaysia.blogspot.com/
ReplyDeleteTerima kasih Aurakaya & Puan Ainon.
ReplyDeleteWhite Rabbit, saya berpandukan nasihat Puan Sifu iaitu menulis buku (dalam bidang yang saya tahu) dahulu dan daripada situ beralih kepada bidang latihan dan konsultansi.