Monday, July 7, 2008

24th Anniversary

Hari ini ulang tahun ke 24 perkahwinan kami. Sewaktu bernikah pada tahun 1984, saya berusia 24 tahun dan Zainal 28 tahun.

Saya bertanya kepadanya : Apa yang sudah berubah? Lalu dijawab dengan cepat : Dulu, beratnya 46kg. Sekarang, 64 kg (opps! 63kg). Dulu, tidak pandai main duit. Sekarang ini, hohoho! Hmmm, dalam baik dia kenakan saya...


Lalu saya membalas : Dulu, rambutnya hitam di belah tengah, stail ala-ala afro. Sekarang, rambutnya warna perak, dibelah tepi, stail otai, hehehe!

Semalam (Ahad), kami 3 beranak pergi hi-tea untuk meraikan majlis ulang tahun ini. Petang tadi pula, saya mendapat sejambangan bunga dan sekeping kad. Hmmm, bertambahlah lagi koleksi jambangan bunga dan kad ucapan yang sedia ada.

Sambil mengucap terima kasih saya berkata : Eh, tadi saya nampak 2-3 set Corelle koleksi Country Rose. Mana dia? Zainal ketawa terkekek. Dia tahu saya menyindir!

Kami bersyukur kepada Allah di atas kurniaan rumah-tangga yang bahagia dan berkasih-sayang meski pun kini semakin di mamah usia.

Semoga diberiNya kesempatan buat kami meraikan ulangtahun jubli perak pada tahun hadapan, insyaAllah.

7 comments:

  1. Adinda-Adinda;

    "SEMOGA SENTIASA DI BAWAH PERLINDUNGAN ALLAH"

    JUGA:

    Berjaya dalam bisnes - untuk lebih amalan berzakat dan sadaqah!

    Berjaya sebagai COACH - dalam memandaikan orang lain supaya lebih berjaya! dan

    Bersedia untuk MENERIMA (ANAK) MENANTU!....

    daripada:
    Kekanda-Kekanda...

    Nota:
    my.COACHING.space sudah 'dikemaskini' untuk lebih mesra alamnya dari (sebarang) godaan... he he he...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum
    Buat Kak Lela dan Hj Zainal,
    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 24! Semoga berkekalan ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tn Sabtu, Kak Pah & Mun.

    Alum, orang yang sedang tanam anggur tidak boleh kata 'wow!' bila mendengar perkataan menantu!

    ReplyDelete
  4. Selamat Ulang Tahun ke-24!

    Tuan Hj. Zainal dan Puan Hjh. Norlela adalah antara pasangan yang amat bertuah, kekal berbahagia sehingga sekarang.

    Moga-moga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan, dan dilimpahi banyak rezeki yang baik-baik.

    Moga-moga semakin banyak buku ditulis bagi memandaikan bangsa. Amin!

    ReplyDelete
  5. happy anniversary to maklang n paklang ;)
    [p/s: cuba maklang+paklang tolong persuade mak+abah jadi lebih romantik boleh?tq :D ]

    ReplyDelete
  6. Anak buahku yang manis,

    Alahai, Mak & Abah kamu itu romantik juga. Kalau tidak, masakan tiap2 hujung minggu Abahmu balik ke Melaka. Mana pernah dia miss, hehehe! Pantang ada cuti, hmmmm, menonong saja En. Nordin menuju ke hiway sebab teringat 'makwe' dia, betul tak? Itulah tanda romantik!

    ReplyDelete