Sunday, June 8, 2008

Komitmen

Petang semalam, 7 Jun 2008, berakhirlah sesi bicara buku bersempena sambutan ulang tahun ke 60 kedai buku terkemuka, Syarikat Thai Kuang Sdn. Bhd. di Mahkota Parade, Melaka. Saya dan Zainal datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan penulis yang memberi ceramah. Kepada mereka yang terlibat dalam program ini (dari kiri : Tuan Roslan, Tuan Shamsudin, Tuan Faisal, Tuan Mavin dan Tuan Zamri), saya berikan tabik hormat.


Melihat orang-orang muda seperti mereka yang begitu komited dengan apa yang mereka lakukan, saya rasa terharu. En. Shamsudin contohnya, begitu bersemangat berbicara tentang pengurusan kewangan peribadi. Suara beliau sayup-sayup kedengaran memberi peringatan : usahlah berbelanja yang tidak perlu, rancang kewangan supaya hidup tidak dibelengggu hutang keliling pinggang...

Saya ucapkan syabas kepada En. Shamsudin kerana buku-bukunya menjadi bestsellers. Memang selayaknya beliau mencapai status penulis ngetop dengan komitmen yang diberikan. Isteri dan anak-anak kecilnya juga turut serta ke program semalam.

Apa kurangnya dengan komitmen Tuan Zamri, Tuan Faisal dan Tuan Roslan. Saya merasa bangga dengan komitmen dan usaha mereka yang bersungguh-sungguh. Jika dari usia muda mereka berusaha begini, bayangkan hasilnya 5 ke 10 tahun lagi...

Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada tim PTS ini. Semoga misi memandaikan bangsa yang dipelopori Puan Sifu PTS memberi manafaat kepada kita semua, insyaAllah. Foto-foto di sini dipetik daripada blog Tuan Zamri Mohamad.

2 comments:

  1. Salam Puan Norlela,

    Semoga Allah melimpahi seluruh ahli keluarga Puan dengan sinar kebahagian, ketenangan, kesenangan sementara masih hidup di dunia dan abadi di akhirat nanti.

    Terima kasih di atas sokongan Puan dan Tuan Zainal (seorang suami yang sentiasa menyokong kerjaya isterinya, tabik spring buat beliau)

    Terima kasih di atas pelawaan Puan untuk bertandang ke rumah, tetapi hari sudah lewat, Insyaa-Allah saya sekeluarga tak sabar-sabar untuk datang lagi ke Melaka dan menjadi tetamu Puan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Sham,

    Pintu rumah saya sentiasa terbuka buat para tetamu seperti Tn. Jemputlah datang apabila ke Melaka lagi. Jangan malu2 ya.

    ReplyDelete