Naiza berkata : Hati saya susah hendak gembira. Setiap hari ada-ada saja perkara yang mengganggu fikiran. Sebenarnya hal-hal itu kecil. Saya suka tengok orang lain yang selalu nampak gembira. Macam mana saya boleh hilangkan perasaan tidak gembira ini?
Naiza boleh dibantu melalui teknik coaching dengan cara :-
- Mendengar luahan hatinya dengan penuh empati. Anda boleh menunjukkan rasa empati itu dengan memandang ke dalam matanya ketika dia bercakap, mengangguk tanda anda mengerti apa yang dia perkatakan, tidak menyampuk dan tidak menunjukkan sikap prejudis kepadanya walau pun anda tahu (melalui luahan hatinya) punca isu tersebut ialah sikap Naiza yang pesimistik.
- Bertanya beberapa soalan discovery bagi membantu beliau memikirkan kemungkinan yang dapat memberi gambaran kepada jawapan yang dicarinya. Antara contoh soalan discovery itu seperti berikut :-
- Apakah yang mendominasi fikiran anda setiap hari?
- Pada pendapat anda, orang lain yang selalu nampak gembira itu, apakah yang mendominasi fikiran mereka?
- Berapa kerap anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan fikiran anda relaks?
- Berapa kerap anda melakukan perkara-perkara yang boleh membuat anda tergelak?
- Apakah perkara yang boleh kita lakukan sekarang untuk membuat anda tersenyum lebar?
- Apakah satu perkara dalam gaya hidup anda sekarang yang boleh diubah supaya anda merasa lebih gembira?
Dalam coaching, kita tidak perlu menggurui atau menunjukkan salah-silap orang. Dengan lain perkataan, kita jangan bersikap judgemental terhadapnya. Sebaliknya kita
Dengan menjawab soalan-soalan seperti di atas, Naiza sendiri akan dapat mengesan punca-punca dia selalu tidak merasa gembira. Setelah beliau menyedarinya, anda boleh terus membantu Naiza untuk mengatur langkah bagaimana dia dapat keluar daripada isu itu.
Yang pasti, langkah-langkah (solusi) yang hendak diambil perlu datang daripada Naiza sendiri, bukan daripada anda. Naiza akan lebih mudah menerima dan rela bertanggung-jawab dengan apa yang dipersetujuinya, sebaliknya akan menentang apa yang dipaksakan ke atas diri beliau. Anda perlu selalu mengingati 2 perkara penting dalam coaching iaitu :-
1. Tugas sebagai coach ialah membantu coachee (Naiza) membuat perubahan.
2. Agenda yang hendak dicapai adalah agenda coachee (Naiza), bukan agenda coach.
No comments:
Post a Comment