Thursday, June 12, 2008

FOB & CIF

Pasaran eksport KZ tidak besar. Agak sukar untuk bersaing dengan pengeluar kawat duri dari negeri Cina kerana harga produk mereka lebih murah. Namun begitu, kami beberapa kali mengeksport kawat duri ke Thailand, Reunion Island dan Mauritius. Di sini saya kongsikan beberapa maklumat yang perlu diketahui sebelum kita menjual produk ke luar negara :-

1. Apabila membuat sebutharga untuk pasaran eksport, nyatakan harga produk itu sama ada FOB atau pun CIF.

2. FOB bermakna free on board. Harga FOB bermaksud kos perkapalan dan lain-lain seperti insuran kargo ditanggung oleh pihak pembeli.

3. Contohnya harga disebut : USD10,000 FOB Port Kelang. Ini bererti harga kargo (produk) itu di Port Kelang.

3. CIF bermakna cost, insurance & freight. Harga CIF bermaksud kos perkapalan dan insuran kargo ditanggung oleh pihak penjual.

4. Contohnya harga disebut : USD12,000 CIF Port Louis, Mauritius. Ini bererti harga kargo (produk) itu termasuk penghantaran ke destinasinya.

5. Kargo boleh dihantar dengan 2 cara. Pertama, secara loose cargo (disusun atas pelet kayu dan di shrink wrapped). Kedua, kargo diisi dalam kontena.

6. Kos perkapalan untuk loose cargo lebih murah tetapi agak berisiko (pelet pecah dll.) berbanding mengguna kontena (produk lebih selamat).

7. Urusan penghantaran kargo daripada kilang ke pelabuhan diuruskan oleh ejen forwarding. Caj untuk urusan ini dibayar oleh pihak penjual.

2 comments:

  1. Apabila konsainmen memenuhi separuh dari ruang kontena 20 kaki, lebih baik menggunakan kontena berbanding dengan menghantar secara loose cargo. Ini kerana kos kontena dikira mengikut unit kontena. Kos loose kargo dikira mengikut m3

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan tuan. Baru-baru ini saya mendapat pesanan 300 gulung kawat duri untuk penghantaran ke Mauritius.

    Kuantiti itu tidak penuh pun satu kontena 20 kaki. Bagaimana pun, kosnya (penggunaan kontena) lebih murah berbanding kiraan m3 (jika dihantar sebagai loose cargo). Harga se-m3 ke Port Louis ialah USD63.

    ReplyDelete