Saturday, August 9, 2008

Hello Coaches, Congratulations!

Hari ini tamatlah program coaching yang saya hadiri di UMCCed sejak 6 bulan lalu. Tugasan akhir kami (selepas menduduki ujian bertulis advanced level dan menyediakan lapuran projek) ialah membuat persembahan power-point tentang Coaching Practicum yang telah dilaksanakan bersama coachee. Setiap orang diberi masa persembahan 15 minit untuk melaporkan tentang pengalaman, teknik-teknik digunakan, cabaran dihadapi dan pencapaian masing-masing.

Secara rasminya kelas hari ini tamat jam 2:00 petang. UMCCed mengadakan parti kecil dan juga sesi karaoke buat kami. Saya pulang jam 3:00. Di samping bersyukur saya kini sudah memiliki kemahiran coaching, saya juga sedar ilmu ini perlu dipraktikkan dan pastinya tidak akan berakhir setakat di sini sahaja.

Saya sedang memikirkan cara yang efektif untuk memanafaatkan ilmu ini untuk membantu (diri saya dan) orang lain berjaya. Setakat ini saya sudah mengenal-pasti 3 cara iaitu :-

1. menulis tentang teknik dan kemahiran coaching
2. membuat modul latihan tentang teknik dan kemahiran coaching
3. menawarkan khidmat coaching

Jika anda mempunyai isu-isu yang perlu ditangani dan ingin mencuba khidmat coaching, sila hantarkan emel kepada saya di alamat : norlelazubir@yahoo.com atau pun hubungi saya di talian : 019-6562540.

6 comments:

  1. Puan Norlela,
    Tahniah kerana telah berjaya menjadi coach bertauliah. Elok juga banyakkan tulis buku mengenai coaching, ramai yang boleh mendapat manfaatnya. Coaching untuk saya? Ya, ada sekali lagi tetapi keadaan belum mengizinkan. Tunggu ya. Untuk pengetahuan pembaca, sesi coaching dengan Puan Norlela telah membuka pemikiran saya untuk mengatur langkah yang sewajarnya dalam perniagaan dan penulisan yang saya usahakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Puan Ayu,

    Terima kasih atas kesudian Puan menggunakan khidmat coaching saya. Sebenarnya Puan sendiri merupakan seorang yang mahu dan bersedia 'dicoach'. Itu yang membuat sesi coaching memberi kesan dan efektif.
    Apabila Puan sudah bersedia, kita sambung sesi ke 3 ya.

    Saya doakan bisnes Puan terus berkembang dan Puan turut berjaya dalam penulisan. Salam.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum
    Tahniah Kak Lela! Terima kasih juga di atas segala tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Puan!

    Selepas ini Puan boleh kendalikan kelas coaching juga ya!

    ZAMRI MOHAMAD

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Lela,

    So happy to see our photo here..tak sangka nye..after 6 months kita dh pun bergelar coach! Hopefully our coaching session would be able to help other people develop and have postive impact on them, Insyallah. I just came back from my coaching session with 2 different coachees..according to both coachees, the sessions were very fruitful and benficial for them and one of them said that the coaching session we had just one had enable him to understand himself better!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Anis,

    Tahniah buatmu. Selamat mengambil CCPC. Dan satu lagi, salam kepada Ustaz... Sampai masanya nanti, jangan lupa hantar kad ya...

    ReplyDelete