Saturday, January 10, 2009

Istiadat Konvokesyen UMCCed

Hari ini saya menerima sijil Certified Business Coach (CBC) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya dalam Majlis Penyampaian Sijil & Diploma Eksekutif UMCCed ke 20. Semua teman sekelas saya turut hadir kecuali Mr. Prakas, Mr. Low, En. Fuad dan Puan Wan Zini. Rasa terhutang budi kepada suamiku yang baik hati di atas keizinan, sokongan dan kesediaannya menjadi supir (membawa saya berulang-alik Melaka-KL-Melaka) selama 6 bulan. Semoga Allah membalas segala budi-baiknya dengan pahala yang setimpal. En. Hasril (pelajar 50an paling bising dalam kelas saya) menunjukkan kad namanya yang baru. Kad itu ada gelaran 'Coach' di depan namanya. Beliau berkata : Lepas ini semua orang mesti buat kad nama baru macam ini. Kalau tidak, aku tak mahu kawan. Kami semua tergelak sambil menjawab serentak : Aye, Coach Hasril!

12 comments:

  1. salam akak,

    wah....dah grad yer..tahniah.!

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Coach Norlela!

    Namun, itu hanyalah permulaan kepada satu cabaran yang baru: Terus MEMANDAIKAN BANGSA!

    ReplyDelete
  3. Nampaknya usaha 6 bulan sudah berbuah hasil. Tabik Coach!!!! Sekarang dah boleh buat seminar dengan module training sekali.

    ReplyDelete
  4. Cikgu Jane,
    Bak mutiara kata, mencari ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahat.

    Coach Sabtu,
    Benar kata tuan, ini cabaran baru. Niat saya supaya dapat membantu orang lain. Doakan usaha saya berhasil. Saya ini pengunjung setia laman tuan, Coaching-space!

    Balas tabik, Coach Sun!
    Saya sedang men-desain modullah sekarang ini. Nanti Puan Sifu akan tanya: Mana modul training??? Mana buku??? Hohoho! Berpeluh dahi jika tidak dapat jawab.

    ReplyDelete
  5. Salam Puan,

    Tahniah.Puan beri inspirasi pada orang-orang muda untuk terus belajar mencari ilmu dan memandaikan anak bangsa!

    ReplyDelete
  6. tahniah maklang. nak jadi coachee blh? hiks :D

    ReplyDelete
  7. Terima kasih,drbubbles.Orang muda seperti tuan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk membantu anak-anak yatim dengan cara yang sangat memberi manafaat.

    Terima kasih, Syahirah. Nak jadi coachee? Boleh, apa isunya? Nanti waktu 'break' semasa sesi coaching, kita buat kuih koci, hehehe...

    ReplyDelete
  8. Tahniah dan syabas Puan Norlela. Bertambah seorang lagi Coach Muslim.

    ReplyDelete
  9. Tuan AuraKaya,
    Terima kasih & tahniah juga buat buku Law of Attraction yang ngetop!

    Dr. Tengku,
    Terima kasih sudi mampir! Ya, semoga nanti bertambah ramai lagi Coach Muslim yang dapat saling sokong-menyokong sesama kita.

    ReplyDelete
  10. Harap sudi mengunjungi blog http://umcced.blogspot.com dan grup di Facebook pasal Alumni UMCCed. Kami sedang mengalu-alukan keahlian untuk membina rangkaian perniagaan dan sosial.

    ReplyDelete
  11. ADAKAH PROGRAM UMCCED DI IKTIRAF OLEH QMA (LAN)?....

    ReplyDelete