Zainal mempunyai 3 orang site supervisor. Setiap orang menjaga satu projek pagar di tempat yang berlainan. Di antara 3 orang itu, Nordin paling baik prestasinya. Beliau boleh menyiapkan sesuatu kerja lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Contohnya, untuk satu bahagian kerja yang diberi tempoh siap 2 minggu, dia dan tim kerjanya dapat menyiapkan dalam seminggu sahaja. Hasil kerja Nordin dan timnya berkualiti dan selalu dipuji pihak pelanggan dalam Progress Meeting bulanan yang dihadiri Zainal.
Supervisor kedua, Shariff namanya, sesekali merasa tercabar dengan prestasi baik Nordin. Beliau memberi alasan Nordin boleh menyiapkan kerjanya lebih awal kerana diberi kawasan kerja mudah iaitu tiada bercerun atau tanah tidak keras. Supervisor ketiga, namanya Salleh, memberi alasan Site Engineer yang menjaga tapak dia bekerja sangat cerewet, menyebabkan kerja-kerja di sana adakala kurang lancar. Ada kebenaran juga alasan-alasan yang mereka timbulkan itu.
Saya ingin kongsikan strategi kerja Nordin. Ia berguna dan boleh diaplikasi dalam mengurus bisnes kita. Pendekatan Nordin ialah dia pandai membuat orang suka kepadanya. Istilah mudah ialah dia pandai kowtim dan di mana-mana pun dia bekerja, Nordin mudah mendapat bantuan. Contohnya untuk mengalih tiang-tiang pagar konkrit, pemandu excavator akan datang tanpa bertangguh apabila Nordin memerlukan dia. Contoh lain, apabila Nordin memerlukan simen ready-mix, lori siput itu akan datang menghantarnya mengikut masa dijangkakan. Hanya sesekali Nordin perlu menunggu lama.
Alat kowtim yang Nordin gunakan bukanlah canggih, bahkan biasa-biasa sahaja. Antaranya :-

1. belanja kopi/teh tarik di warung berhampiran tapak kerjanya
2. memberi sebatang rokok kepada driver excavator dan driver lori
3. mengangkat tangan apabila bertembung orang-orang di tapak
4. bertegur-sapa dengan semua orang di tapak kerja
5. menepuk-nepuk bahu orang yang membantunya
Dalam buku How To Win Friends & Influence People oleh Dale Carnegie, terdapat petikan berikut :-
The deepest principle in human nature is the craving to be appreciated. The rare individual who honestly satisfies this heart hunger will hold people in the palm of his or her hand (and even the undertaker will be sorry when he or she dies!).
Kowtim ni mmg sy fail sungguh, sib baik dikelilingi oleh mereka2 yg terror bab2 tu.Tp kalau bab kowtim sosial tu mmg terror lah sampai ada yg ckp sy ni kaki bodek plak..
ReplyDeleteSalam Puan Norlela yang dihormati,
ReplyDeleteWah, satu cadangan yang sangat bernas lagi praktikal. Mudahan saya boleh mempraktiknya apabila datang saat yang memerlukannya.
Terima kasih
IlhamHamdani,
Canberra, Australia
Salam semula buat Puan Norlela,
ReplyDeleteSaya tak punya novel untuk Pesta Buku kali ini, harapnya terbit hujung tahun.
Apakah Puan pun ada buku yang terbaru, yang bisa boom dalam Pesta Buku?
Cik Catzer,
ReplyDeleteAda satu peribahasa Cina bermaksud "orang tidak suka senyum tidak boleh berniaga". Suka senyum pun satu alat kowtim untuk bisnes!
En. Ilham,
Saya sudah ke blog tuan. Tahniah, tuan sudah hasilkan 2 buah novel hebat. InsyaAllah saya cari di Pesta Buku 2009.
Woit! Terkezut saya! Komen kita selisih jalan ya!
ReplyDeleteSaya tiada buku baru di Pesta Buku 2009. Ini yang takut jika bertembung Puan Sifu kita. Nanti dia tanya, "Mana buku?" Setahun dulu pun sudah ditanya soalan sama. Hehehe...
Salam Puan Norlela,
ReplyDeleteSemua 8 modul training Puan itu boleh dijadikan buku. Kalau saya ada bahan dan pengalaman Puan saya boleh merancang tulis:
1) 8 buku setiap satu mengkhusus kepada topik di atas
2) 4 buku lain yang menggabungkan dua dari tajuk di atas - bayangkan kombinasi yang mungkin
3) 1 buku yang menggabungkan kesemua 8 modul di atas dalam bentuk buku utama dan 1 lagi bentuk buku kerja
4)1 buku yang mengajar penggunaan spreadsheet untuk semua atau beberapa module di atas termasuk template sekali sebagai CD percuma
...dan lain-lain....Puan bayangkan setiap buku sebagai satu aset yang menyumbang katakan royalti purata 5ribu setahun,selepas 5 tahun kalau sudah ada 8 buku Puan sudah dapat rm40,000 pendapatan pasif goyang kaki tanpa mengambil kira pelesenan lain.
Kalau berminat boleh bincang dengan saya lebih lanjut untuk mengrealisasi cadangan di atas sebagai co-author atau peranan lain.
Sunthara Segar CFP,RFP H/P: 0178719444
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
Tuan Sun yang dihormati,
ReplyDeleteKecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Nanti semak emel tuan ya...
Salam,
ReplyDeletePertama kali singgah sini..satu laman yang menarik dan akan datang lagi. Will link your blog to mine.
Assaalmualaikum Tuan Miepekan. Silalah datang lagi... Saya sudah ke blog tuan. Ia sangat berinformasi.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTeknik yang menarik.boleh digunapakai ni. Terima kasih.
Regard