Selesai solat tarawih, saya berjalan keluar dari Masjid Al Alami MITC. Kak Zaharah, salah seorang rakan di masjid menepuk bahu saya dari belakang. Saya menoleh dan kami bersalaman.
“Mengaji sudah sampai mana?” tanya Kak Zaharah dengan wajah cerianya.
Saya tersenyum sambil menjongketkan kening dua kali. “Baru sampai Surah Yusuf. Masa Norliah uzur, Wadilah balik ke rumah anaknya di KL. Jadi kami tidak bertemu beberapa hari,” jawab saya.
“Grup saya khatam esok tapi esok saya tidak dapat ke surau. Saya hendak pergi kursus haji di Masjid Bukit Katil,” sambung Kak Zaharah.
Grup tadarus Kak Zaharah dianggotai 20 orang dan mereka mengadakannya di Surau Taman Tasik Utama. Kumpulan saya hanya bertiga – saya, Norliah dan Wadilah. Setiap pagi kami bertemu di Masjid Al Alami MITC untuk solat subuh. Selepas solat subuh saya akan menghantar Zainal balik ke rumah dahulu dan kembali semula ke masjid itu pukul 7:00 pagi. Kami bertadarus selama 2 jam. Pukul 9:00 pagi saya akan menghantar Norliah ke Surau Taman Tasik Utama, kemudian menghantar Wadilah balik ke kuaters Kolej Yayasan Saad.
Dalam bulan Ramadhan ini, program tadarus Al Qur'an banyak diadakan di merata tempat. Ia suatu amalan yang sangat digalakkan di bulan mulia ini. Meminjam kata-kata Ustaz Suhairi (Imam 1 Masjid Al Alami MITC), matlamat bertadarus bukanlah untuk cepat-cepat mengkhatamkan Al Qur’an tetapi untuk membiasakan diri kita membaca Kitab Suci itu dengan bacaan yang betul. Ada benarnya kata beliau itu.
Biasanya apabila kita mengaji bersendirian, kita perasan semua sebutan kita betul belaka. Bagaimana pun apabila orang lain menyemak bacaan kita, barulah kita tahu kesilapan-kesilapan yang acapkali kita lakukan tanpa sedar. Contoh kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang selain hukum tajwid ialah tersalah baris (baris atas menjadi baris bawah dan sebaliknya), tersalah huruf (ta menjadi ya atau nun) dan menambah atau mengurangkan huruf (lazimnya huruf wau). Ketika kami bertadarus, bersahut-sahutlah masing-masing menegur kesilapan bacaan.
“Woi, woi, keretapi mahu pergi mana? Mana wajibul ghunnah??? Ulang balik, ulang balik.” Begitulah Wadilah yang kami panggil Tok Guru menegur saya dan Norliah.
Yang lucunya Tok Guru kami itu pun membuat silap lalu ditegur, antaranya begini, “Huruf qolqolah ada berapa Tok guru?”
Wadilah tersipu-sipu. “Ada 5”.
Norliah menjegilkan matanya. “Pandai pun. Kenapa tadi tidak dengar Tok Guru sebut qolqolahnya?”
Kami ketawa terkekek-kekek melihat Tok Guru kami menepuk mulutnya beberapa kali. “Minta ampun. Minta ampun. Mulutku ini kurang ajar betul.”
Setakat ini gabungan kami bertiga berjalan dengan baik dan ceria. Biras saya bercerita tentang kumpulan tadarusnya. Salah seorang anggota dalam grup beliau tidak pandai mengaji lalu dia ditegur beberapa kali. Esoknya si fulan itu tidak datang bertadarus lagi, mungkin kerana merajuk dan terasa hati. Kisah seperti ini bukanlah perkara baru tetapi lumrah berlaku. Bahkan ramai orang tidak mahu bertadarus beramai-ramai kerana merasa dirinya tidak pandai mengaji. Bagaimana caranya mengatasi perkara seperti ini daripada berlaku?
Saya mencadangkan 2 cara. Pertama, bagi yang kurang pandai mengaji Al Qur’an, janganlah menjauhkan diri. Masuklah kumpulan tadarus dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya dengan mendengar dan menyemak orang lain membaca, kita mendapat banyak pengajaran dan tips. Bawa senaskah Al Qur’an sendiri dan sebatang pensel. Sambil menyemak, tandakan di tempat-tempat yang kita tersilap baca supaya hukum-hukumnya yang betul kita boleh ingat. Jika kena tegur, usahlah ambil hati sangat kerana kita sedang belajar. Adat belajar memanglah selalu ditegur jika kita tersilap. Lagi pun ayat Al Qur'an jika tersalah baca, boleh berubah maknanya dan kita berdosa.
Kedua, bagi yang pandai mengaji, janganlah terlalu hendak menggurui orang lain. Berpada-padalah ketika menegur dan jangan sampai kedengaran seperti orang meleteri budak-budak. Memang kurang sedap didengar jika kita meleterkan rakan sebaya, apa tah lagi orang yang lebih tua. Si fulan itu baru membaca sepatuh-dua dia sudah ditegur berjela-jela dengan diterangkan bermacam-macam hukum beserta Bahasa Arabnya sekali. Waduh! Seperkara lagi, jika seorang sudah menegur, yang lain-lain diamlah. Usahlah semua sekali hendak menegur. Pening Si fulan itu nanti.
Kasihan si fulan itu. Tambah tersekat-sekat dia membaca. Jika asyik ditegur berjela-jela, sampai bilalah dia hendak berani masuk kumpulan tadarus. Elok juga jika orang yang belum pandai mengaji tidak disuruh membaca panjang-panjang dan cukup sekadar 1 muka surat sahaja setiap pusingan. Saya teringat satu babak dalam filem Anak Bapak di mana AR Tompel sebagai Tuan Mahfuz menjadi hakim dalam sebuah mahkamah olok-olok. Peguambela En. Harun (anak Tuan Mahfuz lakonan P.Ramlee) asyik membantah hujah peguamcara. Lalu Tuan Hakim berkata, “Hoi, kalau asyik engkau bantah saja, sampai bila kes ini nak habis???” (U get my point?)

No comments:
Post a Comment