Wednesday, January 19, 2011

Pesan Ibu Tokoh Korporat : Jangan Jadi Galah

Bekas orang kuat Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah meletak jawatan dalam ke semua 6 buah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor. Beliau yang menerajui JCorp sejak 1982 melepaskan jawatan pengerusi dan pengarah dalam :-

1. Kulim (M) Berhad
2. Damansara Realty Berhad
3. KPJ Healthcare Berhad
4. QSR Brands Berhad
5. KFC Holdings (M) Berhad
6. KPJ Al Aqar REIT Berhad

Tokoh korporat berusia 63 tahun itu tidak kesal dengan tindakan diambilnya kerana separuh daripada usia beliau telah dicurahkan kepada JCorp, sehingga berjaya membawa anak-anak syarikatnya ke tahap yang membanggakan. Beliau juga tidak kesal meninggalkan JCorp dalam suasana penuh kontroversi, ekoran mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan dalam bulan ini untuk menyingkir beliau daripada semua jawatan yang disandangnya.

Menurut Tan Sri Muhammad Ali, apa yang penting bagi beliau ialah tindakannya keluar daripada anak-anak syarikat JCorp bukan disebabkan salah laku, ketidakcekapan, penyelewengan atau mengakibatkan prestasi syarikat.

Beliau hanya mempertahankan prinsip yang selalu dipegangnya. Ditanya tentang prinsip itu beliau berkata, "Ibu saya pernah berpesan, jangan biarkan diri kita menjadi galah. Galah hanya dipergunakan untuk mengait buah tetapi akhirnya ia ditinggalkan begitu saja."

Tan Sri Muhammad Ali berkata, meski pun sudah meninggalkan JCorp, beliau akan terus memantau perkembangan syarikat itu sebagai ahli NGO. Katanya lagi, JCorp tidak mempunyai kuasa autonomi. Kini semakin ramai orang Melayu prihatin terhadap perkembangan JCorp dan setiap tindak-tanduk syarikat itu akan terus diperhatikan terutama oleh orang Melayu.

Sumber berita : Utusan Malaysia, 17 Januari, 2011.

1 comment:

  1. CaesarsCasino.com Review: Get $25 Free in NJ & PA
    Find out everything you need to know about 파주 출장안마 CaesarsCasino.com 과천 출장샵 in-depth casino review, including 강릉 출장안마 games, promotions, latest promotions, 속초 출장안마 games,  Rating: 4.2 태백 출장안마 · ‎Review by Mark Knapp

    ReplyDelete