'Container sampai dari Port Kelang' |
'High Tensile Barbed Wire keluaran Brazil' |
'Gudang di Taman IKS Merdeka' |
Salam tahun baru 2011. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya kepada kita semua sepanjang tahun ini. Bagi yang ada bisnes, semoga bisnes kita semua terurus dengan baik. Semoga bisnes kita berhasil biar pun saiz bisnes kita kecil.
Syarikat kami, Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. kini beroperasi di premis baru di Taman IKS Merdeka. Alhamdulillah, produk yang kami import dari Brazil selamat sampai pada pagi 31 Disember, 2010. Sepatutnya container itu sudah sampai seminggu lebih awal. Disebabkan satu kesilapan kecil dilakukan oleh pihak kapal, urusannya tergendala. Kesilapan kecil itu ialah dokumen Bill of Lading tidak ditandatangan oleh pihak shipping agent.
Meski pun ia tampak seperti kesilapan kecil, impak kesilapan itu besar. Bill of Lading adalah dokumen penting. Apabila kita (pengimport) hendak menuntut barang di Port Kelang, kita perlu ada dokumen Bill of Lading. Dokumen ini akan dihantar oleh pihak pembekal (melalui banknya) kepada pengimport (melalui banknya) apabila kapal (yang membawa konsainmen itu) sudah belayar.
Seminggu sebelum kapal dijadualkan masuk ke Port Kelang, bank kami memberitahu bahawa mereka sudah menerima dokumen Bill of Lading daripada bank pembekal. Malangnya, dokumen itu didapati tidak lengkap. Ia tiada tandatangan. Bukan salinan asal sahaja yang tidak bertandatangan tetapi salinan kedua dan ketiga juga.
Ia memang satu kecuaian yang tidak patut terlepas pandang oleh pihak shipping agent. Hal seperti ini tidak pernah terjadi kepada kami. Apa yang berlaku selepas itu akan ceritakan di entri yang lain, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment